DUA 6022 KOMUNIKASI
DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK E-FOLIO :
AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR
PENYAJAH SETEMPAT.BINCANGKAN KONSEP KEJIRANA YANG SEBENAR.
NAMA PENSYARAH :
PUAN YUSIDAWATI BT
YUSOF
NAMA AHLI KUMPULAN :
KARNCANA A/P EH DAM
NURUL SYAZWANI BINTI ZOLHAIDE
NIK HAFIZAH BINTI NIK DAUD
NORHAZIRAH BINTI MOHAMAD FADLAH
WAN NOR ATIKAH BINTI WAN IBRAHIM
NORSYUHADA BINTI AHMAD
PENGENALAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat
penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup
berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau
mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan
hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat
membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati
dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana,
hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan,
umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan
harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut
dalam agama.
Dalam e-folio ini memberikan pendedahan
kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar.Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini
disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir
lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat
kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah
memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan
dalam masyarat .
SEMANGAT KEJIRANAN
Jiran merupakan orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam
kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk,
semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat
rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.”
Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing”
Semangat kejiranan merupakan aspek yang
penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh
masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah
masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana
ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada
semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh
menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status
negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan
bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.
Semangat kejiranan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang
baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan
masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat
harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara.
Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat
sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam
membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing
dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat.
Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana
aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih cekap dalam
melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh
meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat
dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika
masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan
cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri
dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah
untuk
para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu
sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan
bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan
sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh
memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan
juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan
negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh
dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah
masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk
mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap
dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara
kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi
supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya, semangat kejiranan dapat
menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan
keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian
sepertimencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan.
Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan
persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu,
keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan
anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri,
merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya,
kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap
keselamatan sesebuah masyarakat.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak
kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan
amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan
perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada
diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti
rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat
digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang
rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia
seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan
amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.
PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
Pelbagai
punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan
gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara
keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia
moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya,
mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran
mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang
sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan pertanian
yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah, “berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat sekarang bekerja
sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup
masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat kejiranan
masa kini.
Selain
itu , kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah satu punca
yang mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.Teknologi merupakan satu
perkara yang paling penting pada era ini. Pada
zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat.
Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer
pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang.
Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di
sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah
untuk mendapatkannya. Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya
terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak
menghiraukan semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan
kunjung-mengunjungi sesama jiran semakin berkurangan. Ekoran dengan itu, kita
akan menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah di
dalam pergaulan., sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan
hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi. Oleh itu,
kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi
kelunturan semangat kejiranan..
Di samping itu, arus pembangunan yang
semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin
luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat
sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana
masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi
tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat
hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu ditangani dengan segera
demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang
mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana
masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka
amat rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang
begitu pesat melanda negara juga menjadi punca kepada lunturnya semangat
kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.
LANGKAH- LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen
terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat
dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal
bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan
yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat
kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang
berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang
efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular
menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Terdapat pelbagai langkah yang
boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan , antaranya menghidupkan kembali
amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama
menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman,
memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang
mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Amalan
bergotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang.Aktiviti
ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran , bak kata pepatah “hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.Oleh itu, kita mestilah
menghidupkan kembali amalan bergotong-royong kerana amalan ini dapat
menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Di samping itu, kempen mengadakan
amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan
kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum
masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk
menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai
contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam
pada Hari Raya Aidil Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut
Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat
mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan rumah
terbuka harus diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan
kebaikan kepada seluruh warga Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.
Setersunya,
langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah
mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan
dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita
akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab
sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama
individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang
semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap
sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah
terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam
masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh
itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Kepentingan semangat kejiranan
dapat memupuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat.
Kerjasama ini boleh
dipupuk melalui penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di
kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti
dapat mempertemukan semua jiran,
saling berkenalan dan
merapatkan hubungan. Mereka akan
lebih mesra, saling membantu
bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini
menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk
dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting
kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat
yang bersatu padu.
Semangat kejiranan membolehkan
semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang
berbilang kaum ini boleh mempelajari
perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti
mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya
semangat kejiranan penting dalam membentuk
masyarakat yang bersatu
padu dan seterusnya
dapat memacu pembangunan negara
ke arah kegemilangan.
Seterusnya , semangat kejiranan juga
penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain.
Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat
lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama
dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke
arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan
juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai
program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju
Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera
maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan
secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama
dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh
kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara
adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai
kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan
orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti
atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota
masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan
penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan
menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir
daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata .
Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang
harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan
salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat
yang harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai
aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan.
Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang
tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh
paling jelas, dan atas sokongan rakyat
Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat
hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai
produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini
banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai
seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan.
Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya
ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan,
Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut .
Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap
Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran
dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang
begitu memberangsangkan kepada negara.
KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN
Antara kebaikan semangat kejiranan
ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada
perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita
menghadapi sesuatu bencana sudah
tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka
kita sakit, jiranlah yang kita harapkan
untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin
akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan
mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita
mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada
waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim
perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara,
jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Kebaikan
lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan
majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan
bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis
tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.
Kebaikan semangat kejiranan yang seterusnya ialah jiran akan dapat
membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita
adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya
bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan. Semangat
kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita
dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak
mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman
membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan
Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
KESIMPULAN
Kemakmuran
sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam
setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu , perpaduan
juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara
akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik
sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat
tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat
kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni.
Semangat kejiranan merupakan sebahagian
daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan
negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di
seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam
mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah
sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang
dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta
ke arah kegemilangan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita
betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja
yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa
akan datang.
LAMPIRAN
. Gotong royong bersama-sama , memupukkan sikap kerjasama antara satu sama lain.
Saling tolong menolong membuat kebersihan sekitar kawasan perumahan.
Perpaduan antara kaum adalah penting dalam
masyarakat supaya kita dapat
hidup dalam suasana yang makmur